Isnin, 15 April 2024

tanggungjawab yang digalas

 Anak sulong aku dah melalui fasa remaja umurnya juga  suda mencecah 18 tahun pada tahun 2024.Dia masih lagi melalui fasa tingkatan  5 kerana 1 tahun yang disia-siakan oleh aku. Silap aku taksub dengan sekolah tahfiz sehingga mengabaikan pelejarannya.

inilh gaya orang dah meningkat remaja. disekolah dia dipertangungjawabkan sebagai ketua pelajar.

Ermmmm bukn aku tak menyokong jawatan yang dilantik. tapi aku sebagai ibu terlalu masak dengan perangai dan sikap anak aku. Seolah-olah aku tak boleh terima yang anak aku juga dilahirkan sebagai manusia hebat. Bukan tak terima tapi aku masak sangat dengan perangai anak aku. Dia seorang yang cuai dan seborono. Dia juga manusia yang cepat putus asa dan daya fokus nya tertumpu pada satu sahaja tak boleh berkembang dan bercambah macam remaja lain. Contohnya klu dia meminati subjet matematik, dia akan fokus subjek itu aje dan mengabaikan yang lain. 
Dia juga seorang yang suka memberontak dan keras kepala. Pendek kata dia mmg tak pernah sependapat dengan aku. Dan apa yang aku selalu bagi nasihat ada sahaja yang dibangkangnya. Pelik kami mmg tak pernah sependaat.
Kalau dirumah pun dia hanya tumpukan pada dirinya sahaja. tak pernah nak membantu. Dia lebih menyerlah dipandangan orang luar dari keluarganya sendiri. Di luar dan dimata orang luar dia seorang yang ringan tulang dan akidah budi pekerti kelas AA.
Tapi aku ibu, hanya aku yang tahu siapa anak aku.Kekadang aku terfikir adakan aku ibu yang sentiasa melihat keburukan anak sulong aku. Atau adakah aku ni tak layak bergelar ibu kepada Zarith? Kerana semua orang diluar sana memandang anak sulong ku sebagai manusia yang hebat .
Sedangkan aku hanya memandangnya sebagai anak yang keras kepala dan tak boleh ditegur. ermmmm hakikat yang perluaku terima aku ni mmg tak sebulu dengannya. Anak sulong aku semakin membesar dan akan mempunyai kehidupannya sendiri. Aku harap sangat dia keluar dari Maahad Tahfiz nanti dia akan jadi manusia yang hebat juga.





Waktu sekolah dia ernah menjadi pelajar cemerlang. ini jugak satu masaaalah bagi aku, kerana pada tahun ini aku terlalu menekan anak-anak aku dengan jadual yang ketat dan memaksa mereka belajar dan terus belajar. Akhirnya mereka berjaya cemerlang. Tapi tahun seterusnya aku rasa apa yang aku buat terlalu zalim untuk melihat mereka cemerlang. Aku melonggarkan sedikit jadual tapi akhirnya mereka hanyut dengan dunia main-main mereka dan tittle cemerlang telah dirampas oleh pelajar yang berusaha ermmm. NAmpak tak? klu aku bertegas aku akan menjadi zalim. Tapi bila aku cuba memahami zaman kanak-kanak mereka akhirnya mereka hanyut dan terus hanyut.
Tnggungjawab terhadap adik-adik hanya sekadar anak sulong . Dia tak pernah menjaga adiknya. Ya betul adik nya sebaya dengan dia, tapi cara borak mereka pun tak nampak akrab dan tak serapat seperti adik- beradik lain.
Mereka hanya sekadar adik-beradik dan tak serapat yang aku inginkan. Aku cemburu melihat keakraban adik beradik orang lain. Adakah aku gagal menyatukan amak-anak aku.??
ok gambar ii menerangkan memeik muka keakraban mereka. mereka tak seakrab yang diinginkan dan diharapkan. Anak sulong aku ni dia lebih kepada orang luar berbanding adiknya sendiri.
Penyatuan keluarga kami ini ,bukan ini yang aku harapkan. Harapan aku agar anak-anak aku bersatu. Kerana aku hanya ada mereka dan aku merupakan anak bungan ibuku sendiri. Jadi aku ingin sangat mereka bersatu dan menjadikan keluarga sebagai tempat mereka bersatu dan berkongsi segala suka dan duka.

Bila anak sulong aku menjadi keluar pelajar adakah aku akan berasa bangga. TIdak jawapannya. Aku terlalu risau, risau anak aku tak dapt memikul tanggungjawab sebagai ketua pelajar. Aku juga bimbang dia akan menyalahgunakan tanggungjawab yang diberi.

Jika ada yang membaca blog aku ni mohon komen apa yang perlu aku lakukan sebagai ibu? adakah aku ibu yang jahat dan tak gaga dalam ilmu keibubapaan???

Ahad, 12 November 2023

BERLAWAN BIAR SAMPAI MENANG

 

Aku selalu ingtakan anak ku kalau maghu berlawan biar sampai menang. Kalah itu bukan satu kejayaan dalam perlaw3anan tapi ia akan mengajar kita ilmu dan pengalaman yang berharga.

walaupun banyak benda yanga ak




HIDUP YANG TAK TENANG

 Hidup sebagai manusia bergantung tak bertali ini ibarat mati tapi tidak ditanam.


Kekadang rasa bersalah aku terlalu sangat dengan anak-anak aku.

Aku yang melakukan dosa tapi anak-anak aku yang menjadi mangsa.


Mereka kurang kasih sayang bapa tapi akan cuba buat yang terbaik. jika aku perlu mengemis untuk kebahagian dan kesejahteraannya akan ku lakukan. tapi hakikatnya itulah yang aku lakukan.

Aku salah seorang penerima bantuan barang makan yang kadang-kadang ada. tapi walaupun dia kadang-kadang terjadi tapi aku rasa sedih dan maruah serta harga diri ini seperti tidak berguna lagi.


Aku cubajadi seorang ibu yang mendidik sehinggakan aku rasakan didikan aku ini terlalu keras. Mengapa ini terjadi? kerana aku tak mahu mereka menjadi dan mengalami nasib yang sama macam aku.


Sekiranya aku ini di besarkan dengan penuh kasih sayang dan di asuh berlandaskan agama. Mana mungkin aku akan menjadi seperti manusia hari ini. Waktu kecil ku aku seorang yang pintar bijak dan pandai . sehinggakan aku remaja  pengasuh aku tak dapat nak menjaga aku seperti ibu yang lain

. Kerana nasib anak-anak makcik aku pun sama macam aku. terbiar dan ibunya (makcik aku) sibuk mencari duit untuk makan kami.Jadi remaja tu tidak dikawal dan tidak dijaga, aku bebas melakukan apa yang aku hendak lakukan tanpa ada yang menghalang dan tanpa larangan.


Maka aku ciptakan undang-undang remaja aku sendiri sehingga aku gagal dalam alam remajaku.


Akhirnya kegagalan alam remajaku memberi kesan pada kehidupn aku dan anak-anak aku hari ni.


semoga kehidupan aku akan dileraikan dan dipermudahkan oleh Allah SWT.. amiin

Sabtu, 11 November 2023

Hari lahir duka Anak sulong ku


 Hari ini outing anak sulung aku.aku ajak diaorg healing di air papan.Sekarang kami akan cuba tuk sadar diri yang bahawa kami tidak diterima dalam keluarga. Okay aje kalau dia orang tak anggap aku ni keluarga mereka. Ya mungkin aku dah tak diperlukan lagi.mereka dah ada keluarga yang bahagia .oklah tu.


Cerita pasal ated anak sulung aku tadi dia cuba rahsiakan satu kes malam hari lagir dia kena campak di longkang. Lepastu diaorg bekejaran sampai 2 pagi dan akan dikenakan hukuman.


Tadi saya cuba marah dia dan minta dia be gentleman. Tapi dia harapkan saya ibumya menyokong dia dan membela dia bahawa dia ternyiaya.tapi saya tak mungkin buat begitu. Saya ibu yang suka berterus terang. Ya mungkin dia di anyiaya tapi klu dia tak sahut cabaran kawan2nya takkanlah dia boleh bekejaran sampai kol 2pg.


Jadi terima ajelah kesalahan dan redha serta pasrah .yang penting akur dengan kesalahan sendiri.minta maaf adalah satu kata2 keramat yang gendak didengar orang semua orang.

Selasa, 20 Jun 2023

AKU


 manusia selalu mempertikaikan apa yang mereka rasa.Aku selalu kisah dengan apa yang orang cakap. aku selalu kisah dengan masyarakat sekeliling apa yang mereka rasa tentang diriku.


aku terasa diri ini tersiksa dengan pandangan dan tangapan manusia.